Gambar: Penduduk kampung terpaksa meredah banjir di Hat Yai yang terletak di wilayah Songkhla, Selatan Thailand semalam
(Sinar Harian; 3 Jan 2012)
HATYAI 2 Jan 2012- Hujan lebat dan banjir kilat mencetuskan huru hara di Selatan Thailand semasa tahun baru kelmarin, dengan seorang penduduk dikhuatiri maut, lapan orang hilang dan arahan berpindah di keluarkan kerajaan.
Di Hat Yai, pelancong asing terperangkap di hotel mereka selepas jalan raya terputus hubungan akibat banjir kilat sementara di Narathiwat, penduduk terpaksa menggunakan bot selepas jalan raya di banjiri.
Ramalan cuaca menunjukkan banjir kilat itu mungkin akan menjejaskan enam wilayah di Thailand, negara yang sedang pulih daripada banjir berpanjangan sejak Julai lalu.
Pihak berkuasa tempatan Hat Yai mengarahkan penduduk berpindah selepas hujan lebat melanda kawasan tersebut selain menyebabkan banjir kilat di 12 daerah di Songkhla dan kawasan lain di Selatan Thailand.
Menurut stesen meteorologi Yala, cuaca buruk dan hujan lebat di selatan negara itu disebabkan kesan gabungan angin monsun di Teluk Siam dan angin tekanan rendah di utara Malaysia
0 comments:
Post a Comment